Ahad, 28 September 2008

Kulla Sanah Wa Antum Toyyibin

Hari ini 29 Ramadhan 1429 Hijriyyah bersamaan 29 September 2008 (Isnin). Cepat betul masa berlalu sekarang. Rasa baru sahaja hari pertama Ramadhan hadir....tiba-tiba tanpa disedari sudah 29 Ramadhan hari ini. Moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini tahun hadapan.
Maka sewajarnya kita muhasabah diri kita setelah hampir menamatkan 'tarbiyyah period' ini. Adakah kita berubah kepada yang lebih baik? Adakah kita solat tarawih tanpa meninggalkan sehari pun? Berapa malam kita bangun untuk mengerjakan qiamullail? Banyakkan kita bersedekah? Banyakkah amalan sunat yang kita lakukan? Bagi yang telah berkeluarga pula - Adakah isteri dan anak-anak kita diajak bersama melakukan amal ibadah sepanjang Ramadhan ini? Adakah isteri dan anak-anak kita dikejutkan untuk mengerjakan qiamullail bersama kita? Adakah sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam segala hal berjaya kita amalkan dan diterapkan ke dalam diri isteri dan anak-anak kita?....banyak lagi soalan bagi menilai diri kita.
Ingatan ini juga untuk diriku yang lemah dan sering lalai ini. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.
Sebentar lagi aku akan pulang ke Melaka. Berhari raya di Melaka...rumah Kak Long. Pada 2 Syawal baru pulang ke kampung di Kuala Lipis, Pahang bersama ibu ayah dan abangku. Ibu ayah hendak berhari raya dengan cucu-cucu mereka. Hari ini pun pejabat aku dah sunyi, tinggal dua tiga staf sahaja.
Moga Syawal tahun ini mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli keluargaku.
Kepada sahabat-sahabat dan sesaiapa sahaja yang mengenaliku...mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan ku pada kalian. Jangan lupa puasa 6 hari di bulan Syawal.
Sekian....Putrajaya

Khamis, 11 September 2008

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu

Assalamualaikum...
Segala pujian hanya bagi Allah 'Azzawajalla Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam Tuan dan Za'im bagi sekalian makhluk. Ini adalah coretan pertamaku dalam blog ini. Sebenarnya aku baru sahaja hendak berjinak-jinak dan mengenali dengan lebih dekat berkenaan blog. Bila ramai orang memiliki blog, terdetik juga dihati untuk memiliki blog sendiri. Mudah-mudahan aku diberi petunjuk oleh Allah Tuhan Yang Maha Besar agar turut berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan orang lain. Segala ilmu adalah milik Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Sekian, Wallahu wa Rasuluhu 'Alam...

Ramadhan 1429 Hijriyyah/2008

Assalamualaikum,
Hari nih genap 12 Ramadhan 1429 Hijriyyah bersamaan 12 September 2008 (Jumaat)...Penghulu segala hari. Dah 12 hari berpuasa. Cepat sangat masa berlalu. Tak pasti adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Moga dipanjangkan umur. Sebenarnya terlalu sedikit umat Islam yang memanfaatkan secara maksimum dengan kehadiran Ramadhan....termasuk diriku..heh
.