Isnin, 10 November 2008

Ma'at Taufiq Wan Najah

SPM 2008...Hari ini 11/11/2008 (Selasa) bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tahun ini seorang lagi anak saudaraku menduduki SPM iaitu Mohamed Ali Zainal Abeedeen. Beliau merupakan anak kedua dan lelaki sulung kepada kakakku yang sulung.
Sebenarnya 3 orang anak kakak sulung yang menduduki peperiksaan utama tahun ini.
Seorang mengambil UPSR. Kemudian seorang lagi baru sahaja selesai menduduki PMR.
Sekarang sistem SPM terbuka.
Tahun 1998 aku menduduki SPM.
Masa tu masih lagi SPM sistem lama.
Jika masih diberi kesempatan ingin sahaja aku menduduki semula peperiksaan SPM untuk subjek Bahasa Inggeris.
Semasa sekolah dahulu aku memang bangang dalam subjek BI.
Paling baik pun setiap kali ujian hanya memperoleh C7.
Aku tak faham langsung tatabahasa BI.
Perbendaharaan kata BI juga terlalu sedikit.
Setiap kali buat latihan, soalan pun gagal difahami.
Akhirnya cikgu BI aku juga yang jawabkan.
Kemudian aku sambung belajar di Matrikulasi UIAM di PJ.
Sejak belajar di UIAM barulah aku faham tentang BI dan perbendaharaan pun bertambah.
Keyakinan bertutur dalam BI juga bertambah dan mampu berbual menggunakan BI.
Bagi aku sistem pembelajaran BI di UIAM amat bagus daripada segi pengajaran tatabahasa, pertuturan dan penambahan perbendaharaan kata.
Kepada Ali (panggilan untuk anak buahku yang menduduki SPM tahun ini) Pak Teh ingin mengucapkan Semoga Berjaya !!!
USAHA-DOA-TAWAKAL

3 ulasan:

redhaku berkata...

good luck ali..

dan pak teh kepada ali

farhanmohdmustapar berkata...

shukran Redhaku...heheh. Kau lah sahabat berhati mulia

farhanmohdmustapar berkata...

Sistem pembelajaran BI di sekolah perlu diubah. Sistem yang ada sekarang gagal membantu pelajar yg lemah BI terutama di luar bandar.
Di sekolah para pelajar takut dgn BI dan seram sejuk setiap kali tiba waktu BI.
Ketika aku di Matrikulasi UIAM, aku tidak rasa takut kerana pembelajaran BI amat menyeronokkan dan aku berani bertanya soalan kepada pensyarah.
Nak mahir BI bukan dengan menjadikan pembelajaran Math dan Sains menggunakan BI !!!